Usahasama Singapura, Brunei untuk tingkat upaya berantas penyeludupan wang dan pembiayaan pengganas.

Politik, Teknologi3082 Dilihat

Brunai,Mei 2018.
Presiden Halimah Yacob yang sedang melawat ke Brunei Darussalam bercakap dengan Sultan Brunei, Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah.
Memorandum Persefahaman (MOU) antara unit risikan kewangan Singapura dan Brunei telah ditandatangani pada pertengahan bulan Mei (12 Mei) di Istana Nurul Iman, Brunei.
MOU tersebut bertujuan untuk meningkatkan keupayaan membanteras penyeludupan wang dan pembiayaan pengganas dan telah ditandatangani oleh wakil daripada Pejabat Melapor Urus Niaga Mencurigakan (STRO), sebuah unit Pasukan Polis Singapura (SPF) dan Autoriti Monetari Brunei Darussalam.
Upacara tersebut disaksikan Presiden Halimah Yacob dan Sultan Brunei, Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah.
Satu lagi persetujuan yang disaksikan Puan Halimah pada hari kedua kunjungannya ke Brunei adalah Persetujuan Kerjasama Teknologi Kewangan antara Penguasa Kewangan Singapura (MAS) dan Penguasa Kewangan Brunei Darussalam, bertujuan membangunkan inovasi dalam khidmat kewangan dalam kededua negara.
Kedua-dua MOU itu telah ditandatangani selepas majlis menyambut kedatangan Puan Halimah di Brunei, dihoskan Sultan Hasanal Bokiah dan isteri.

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *